Oleh:
Tok Janggut LLB (hons) UK (tok_janggut11@yahoo.co.uk)
Pendahuluan
Secara umumnya, ISA bukan lah isu baru untuk diperbincangkan. Pada hemat saya, selagi mana pemerintah masih melihat ISA sebagai satu “insuran” sebagai satu undang-undang untuk menyelamatkan dirinya, ia tidak akan di ubah bagi memenuhi kepentingan umum. Dan sekiranya ia di gubal sekalipun, sebagaimana penggubalannya sebelum ini yang berlaku sebanyak 15 kali (Lihat Panduan Undang-Undang Am, Jilid I, International Law Book Services, K. Lumpur, 1998, m.s: 177), ia tetap akan di bentuk mengikut neraca yang memberi kelebihan kepada mereka yang berkepentingan.
Di dalam penulisan ini, saya akan membawakan:
1. secara ringkas prosedur penahanan dan perbicaraan yang biasa di bawah Criminal Procedure Code (CPC),
2. mengupas maksud sebenar Akta ISA berdasarkan akta Internal Security Act 1960 (Act 82), Penal Code (PC) dan Criminal Procedure Code (CPC) dari perspektif pengamal undang-undang.
3. Juga serba sedikit mengenai undang-undang ISA dari perspektif Shariah dan
4. rekemondasi saya terhadap Akta ISA (sama ada patut di mansuh atau diserap ke dalam CPC dan PC).
5. Insya-Allah, sedikit sebanyak, saya juga akan cuba menjawab sebaik mungkin persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh penulis-penulis yang telah mengungkapkan hujah-hujah mereka menyokong ISA dari perspektif syarak dan undang-undang Malaysia itu sendiri.
Sekiranya pembaca mendapati tulisan ini terlalu panjang, demikian adalah kesimpulan kenapa saya menganggap ISA adalah satu undang-undang yang tidak adil dan patut di mansuhkan:
ISA adalah satu undang-undang yang menafikan penglibatan satu badan bebas yang adil dan juga arif tentang undang-undang (badan kehakiman) dari memantau pelaksanaan udang-undang ini dari peringkat penahanan sehingga lanjutan pelaksaaan. Namun, yang paling utama, TIDAK ada di dalam akta ini satu jaminan bahawa setelah di tahan dalam tempoh masa tertentu, Orang Kena Tahan (OKT) mempunyai hak untuk diperdengarkan di hadapan mahkamah yang adil untuk membela diri. Bagi pihak yang berhujah mendakwa wujud peruntukan tempoh untuk membela diri, hujah sedemikian sebenarnya lemah dan tertolak dan menunjukan orang yang membaca akta ISA tiak memahami akta ISA dan kaedah undang-undang(dibahaskan secara panjang lebar di bawah). Baiklah, mari kita lihat bukti dan penghujahan saya:
1. Prosedur tahanan jenayah biasa sebagaimana termaktuk dalam Criminal Procedure Code (CPC) ialah:
I) Polis boleh menahan OKT untuk siasatan tidak lebih dari 24 jam.
II) Sekiranya pihak polis hendak melanjutkan siasatan, dalam masa 24 jam, dia hendaklah di bawa ke hadapan majistret dan kesnya dibentangkan bagi tujuan memohon lanjutan reman. Sekiranya Majistret berpuas hati, polis memerlukan masa tambahan, OKT boleh ditahan maksima 14 hari. Pada masa ini, peguam OKT boleh memperdebatkan jumlah hari yang di minta oleh polis sekiranya OKT mempunyai peguam.
III) Setelah tamat tempoh reman yang diberikan oleh Majistret, polis mestilah sama ada membebaskan ataupun mengenakan dakwaan (to charge) OKT di mahkamah.
IV) Sekiranya di bawa ke mahkamah untuk di tuduh, kesnya di bacakan di hadapan majistret untuk mendapatkan pengakuan OKT sama ada bersalah atau tidak.
V) Sekiranya OKT mengaku bersalah, dia akan di jatuhkan hukum. Tetapi sekiranya OKT minta di bicarakan, maka dia akan di bicarakan di mahkamah mengikut bidang kuasa. Jenis mahkamah bergantung kepada jenis jenayah.
VI) OKT yang minta bicara akan memohon untuk mendapatkan jamin. Di dalam undang-undang Malaysia, jamin (bail) terbahagi kepada bailable (boleh jamin), non bailable, dan unbailable. Non-bailable adalah kes yang boleh di jamin tetapi mengikut budi bicara mahkamah dan ada pembahagian tertentu. Sementara itu, unbailable adalah kes yang tidak boleh di jamin langsung dan selalunya melibatkan kes dadah dibawah s41B(DDA) 1952, s12FIPA 1971 dan Peraturan 9 ESCAR 1975 (tahanan di bawah ISA).
VII) Sekiranya sampai tarikh perbicaraan, OKT yang telah atau tidak di jamin, akan DIBICARAKAN.

2. ISA Secara Ringkas
Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Akta 82) diluluskan oleh Parlimen pada 1960 dan disemak semula pada 1 Ogos 1972. ISA telah dipinda beberapa kali bermula dari 1962 dan kali terakhir dipinda pada 24 Ogos 1989. (Fakta di ambil berdasarkan tulisan Ustaz Ali Muda dan juga penulisan saudara Mohd Khairul Azam Abdul Aziz Presiden Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM).)
Intipati ISA
Intipati ISA adalah seperti berikut:
Kuasa Menteri untuk Menahan dan Membuat Sekatan
Seksyen 8 Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Akta 62) menyebut bahawa seorang Menteri (dalam konteks ini, Menteri dalam Negeri (Nota Pesuruhjaya ms 83 Akta ISA)) mempunyai 2 bidang kuasa untuk memerintahkan penahanan atau sekatan seseorang yang disyaki di bawah akta ini “jikaMenteri berpuas hati bahawa penahanan mana-mana orang perlu dengan tujuan untuk mencegahnya daripada bertindak dengan apa-apa cara yang memudaratkankeselamatan Malaysia atau mana-mana bahagiannya atau penyenggaraan perkhidmatan perlu di dalamnya atau kedudukan ekonominya, menteri boleh membuat suatu perintah (kemudian daripada ini disebut perintah tahanan) yang mengarahkan supaya orang itu ditahan bagi apa-apa tempoh yang tidak melebihi dua tahun.” (s8(1))
Menteri dalam Negeri ini menurut Seksyen 8 secara perundangannya memiliki dua jenis kuasa iaitu;
i) kuasa mengeluarkan Perintah Tahanan (Seksyen 8(1) dan
ii) Perintah Sekatan.(seksyen 8(5))
Tempoh masa Menteri boleh memberi arahan untuk tahanan
Untuk menahan lebih dari 60 hari dengan kadar maksima 2 tahun, seksyen 8(1) memperuntukkan bahawa Menteri boleh membenarkan OKT di tahan selama tempoh tersebut dengan tidak melebihi 2 tahun.
Tetapi akta ini tidak berhenti di sini sahaja. Setelah hampir tamat tempoh 2 tahun tersebut, s8(7) membenarkan menteri menyambung lagi tahanan tersebut tidak melebihi 2 tahun dan tahanan ini boleh jadi atas dasar penahanan yang sama dari penahanan awal (s8(7)(a)), dasar penahanan yang lain dari penahanan awal (s8(7)(b)), atau sebahagian dari dasar penahanan awal dan sebahagian dari penahanan baru (s8(7)(c)).

Kuasa Polis Menahan dan Melaksanakan Tahanan
Kuasa Menahan OKT menurut seksyen 73 ialah mana-mana polis, tanpa melihat kepada pangkat, boleh:
1. Menahan suspen tanpa memerlukan waran (s73(1)) sekiranya dia memenuhi syarat-syarat berikut:
(a) Ada alasan yang kukuh di bawah seksyen 8.
Dengan kata lain, mereka yang mempunyai besar dan amat luas ini yakni kuasa perintah tahanan dan perintah sekatan kini bukanya terletak pada seorang hakim atau mahkamah. Ia sebaliknya terletak pada seorang eksekutif yang bukannya seorang yang arif tentang tatacara undang-undang dan maksud undang-undang itu sendiri.
Sekiranya Negara kita menjaga kepentingan pengasingan kuasa (separation of power) maka kerajaan harus menyedari sekiranya kuasa tidak di bahagi dan dipantau, ia boleh disalahgunakan. Pepatah Inggeris ada mengatakan: “Absolute power, corrupts absolutely”.
2. “Mana-mana pegawai polis boleh tanpa waran menangkap dan menahan sementara menunggu penyiasatan, mana-mana orang yang selepas disoal oleh pegawai itu gagal untuk memuaskan hati pegawai itu tentang identitinya atau tentang maksud yang baginya dia berada di tempat dia ditemui dan yang disyaki oleh pegawai itu telah bertindak atau hampir bertindak mengikut apa-apa cara yang memudaratkan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagian di dalamnya atau penyenggaraan perkhidmatan perlu di dalamnya atau kedudukan ekonominya.” (subseksyen 2)
ULASAN TJ: seksyen 73 (1) dan (2) adalah satu bidang kuasa polis yang amat luas. TANPA memerlukan waran dan cukup dengan sekadar sangkaan (S73(1)(b)), seorang polis boleh menahan sesiapa sahaja di bawah akta ISA sekiranya orang itu “gagal memuaskan hati pegawai tersebut tentang indentitinya atau tentang maksud yang baginya dia berada di tempat dia ditemui.”
Peristiwa ini berlaku sewaktu dato Seri Anwar Ibrahim ditangkap pada tahun 1998 di rumah beliau. Dengan tanpa sebarang amaran, sepasukan pasukan khas polis ala tentera telah menyerbu masuk dan menahan Dato Seri Anwar tanpa memerlukan sebarang waran dan tanpa perlu menyebut kenapa dia ditangkap.
Tempoh Tahanan
3. Mana-mana orang yang ditangkap di bawah seksyen 73 ini boleh ditahan selama tempoh tidak melebihi enam puluh hari tanpa suatu perintah tahanan dibuat berkenaan dengannya di bawah seksyen 8:
Dengan syarat bahawa:
(a) Dia tidak boleh ditahan lebih daripada dua puluh empat jam kecuali dengan kebenaran seorang pegawai polis yang berpangkat atau yang berpangkat lebih tinggi daripada Inspektor;
(b) dia tidak boleh ditahan lebih daripada empat puluh lapan jam kecuali dengan kebenaran seorang pegawai polis yang berpangkat atau berpangkat lebih tinggi daripada Penolong Penguasa; dan
(c) dia tidak boleh ditahan lebih daripada tiga puluh harimelainkan jika seorang pegawai polis yang berpangkat atau yang berpangkat lebih tinggi daripada Timbalan Penguasa telah melaporkan hal keadaan penangkapan dan penahanan itu kepada Ketua Polis atau kepada seorang pegawai polis yang ditetapkan oleh Ketua Polis bagi maksud itu, yang dengan serta-merta hendaklah melaporkan perkara yang sama kepada Menteri.
KUPASAN TJ: s73(3) ini amat penting. Sekiranya kita lihat dari subseksyen 1 di atas tadi, kita akan dapati bahawa kesimpulan prosedur s73 ialah seperti berikut:
1. Polis berpangkat inspektor ke bawah boleh menahan OKT di bawah akta dalam jangka masa kurang dari 24 jam. Sekiranya pihak polis hendak menahan sehingga 48 jam, mereka mestilah mendapat kebenaran daripada seorang yang berpangkat inspektor dan ke atas.
Perhatikan penggunakan perkataan “kebenaran” di dalam subseksyen ini. Maksudnya, prosedur lanjutan penahanan tidak lagi dilakukan oleh seorang majistret, tetapi di lakukan oleh pihak polis sendiri. Tujuan undang-undang mengadakan hakim/majistret ialah supaya terdapat check and balancedan separation of power di kalangan eksekutif (polis) dan kehakiman (judiciary). Di dalam konteks ini, polis telah memegang peranan eksekutif dan juga judiciary (hakim). Maka prinsipcheck and balance tersebut telah terhapus. Bagaimana orang yang mempunyai kepentingan (polis) melakukan check and balance kepada dirinya sendiri?
2. Polis boleh menahan OKT selama 30 hari dengan kebenaran penolong penguasa (juga pegawai polis) dan ke atas.( Hanya selepas 48 jam di tahan, barulah dia akan di rujuk kepada Menteri dalam Negeri.) Sekali lagi perkataan “dengan kebenaran” dan hujahnya seperti di atas.
3. Polis kemudian boleh melanjutkan tahanan dari 30 hari kepada 60 hari setelah pegawai yang mempunyai pangkat lebih tinggi dari penolong penguasa, atau yang telah diberi kuasa oleh ketua polis, memberi laporan kepada ketua polis dan menteri mengenai penangkapan tersebut.
Maksudnya di sini agak jelas. Apa yang polis perlu lakukan untuk melanjutkan tahanan dari 30 hari ke 60 hari, ialah cukup sekadar dengan menyerahkan laporan atau dengan kata lain memaklumkan penangkapan di bawah akta ini kepada menteri. Menteri tidak perlu member sebarang kebenaran dari menteri (Baca S73(3) yang menyebut “boleh ditahan selama tempoh tidak melebihi enam puluh hari tanpa suatu perintah tahanan”) atau pertikaian di sisi seorang hakim sepertimana kaedah memohon tahan reman biasa. Cukup sekadar “melaporkan” kepada menteri, dan sekiranya tidak ada bantahan dari menteri, maka terus OKT boleh dilanjutkan tahanannya selama 30 hari sehingga maksima 60 hari.( Maksima 60 hari ini tidak memerlukan surat kebenaran dari Menteri dalam Negeri. Cukup dengan beliau tahu bahawa terdapat OKT yang di tahan di bawah ISA. Penahanan selama maksima 60 hari tanpa perlu kebenaran bertulis ini termaktub dalam s73(3) akta ISA.)
4. Dan setelah 60 hari, laporan akan diberikan kepada menteri. Menteri kemudian mempunyai kuasa sama ada membebaskan atau melanjutkan tahanan sehingga 2 tahun (s8(1)) dan selepas 2 tahun, boleh dilanjutkan kepada 2 tahun lagi (s8(7)), dan seterusnya tanpa menyebut bila kesnya boleh didengar di mahkamah. Persoalannya, adakah ini yang dinamakan satu akta yang adil?
ULASAN TJ: Perbezaan ketara di antara ISA dan hukum jenayah biasa ialah perkataan DIBICARAKAN di hadapan mahkamah yang adil. Mahkamah yang adil ini biasanya akan mempunyai hakim, peguamcara dan peguambela. Terdapat juga procedure mengambil bukti, pembuktian, saksi dan sebagainya.
OKT diandaikan TIDAK bersalah sehinggalah di buktikan “dibalik keraguan munasabah (beyond reasonable doubt)” bahawa dia bersalah oleh mahkamah yang adil.
Sekiranya dia bersalah, atau tidak bersalah, maka mana-mana pihak yang telah kalah dalam perbicaraan mempunyai 2 kali hak untuk merayu di mahkamah yang lebih tinggi.
Tetapi bagaimana pula di dalam ISA? Di dalam ISA, tidak wujud majistret, peguambela, peguamcara, ataupun hakim mahkamah tinggi untuk membicara dan memutuskan (kecuali dalam kes inquiry yang akan di bentangkan nanti). Jadi sekiranya polis dan menteri sendiri yang sememangnya dilantik sebagai pelaksana (eksekutif) yang menangkap, dan kemudian dalam masa yang sama boleh menjadi hakim yang membicarakan atau menentukan prosedure, di mana apa yang kita nyatakan sebagai keadilan? Di mana check and balance di dalam akta ini?
Satu-satu badan eksekutif perlukan satu badan bebas bagi memantau agar mereka tidak melangkaui bidang kuasa (ultra varies) dan sentiasa mengikut procedure. Di dalam kes polis, badan yang akan memberi check and balance kepada mereka ialah judiciary (kehakiman) bagi memasitkan setiap procedure di ikuti mengikut acuan yang telah ditentukan oleh undang-undang.
Polis, walau pun mereka berada di dalam bidang undang-undang, bukanlah pakar di dalam undang-undang untuk menentukan atau menilai satu-satu bukti. Polis, di dalam satu-satu kes jenayah, adalah orang yang berkepentingan di dalam kes tersebut. Mereka mempunyai apa yang dipanggil “conflict of interest” sekiranya mereka sendiri menentukan sama ada prosedur mereka betul atau tidak. Ia sama seperti seorang ayah di lantik menjadi hakim kepada kes jenayah anaknya. Ini adalah salah satu kes konflik of interest.

No comments:
Post a Comment