Tuesday 12 July 2011

SAJAK: Peludah Warna- A Samad Said

Peludah Warna

kuasa gusar kini menggelegak murka,
warna kuning diisytihar racun terbisa.
diragutnya baju-T segeram tenaga,
dan diumum itulah busana bahaya.


tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
warna kuning yang teramat tenang dan syahdu,
kita kembalikan damai ke dalam Qalbu.


kini cahaya mentari mungkin diramas,
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
memanglah mereka kini peludah warna,
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.


kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.


-A. Samad Said-

1 comment:

  1. Salam sdr, Terima kasih kerna sudi menyediakan platform sebenar didalam berkarya dan memberikan buah fikiran.

    Acik fosilmitra.

    ReplyDelete