Seorang lelaki muda berteleku,
mengangkat tangannya kelangit,
Menangis...
seraya dia menjerit
Ya Tuhan
Kenapa Kau ambil nyawa ibu?
Kenapa Kau zalimi Kau ambil nyawa ayahku?
Kenapa Kau hinakan aku dan jadikan aku seorang yang miskin?
Kenapa Kau alpa dan tidak memberikan aku kesenangan?
kenapa Kau kejam dan dilahirkan dalam kelaparan?
Kenapa Tuhan...
Kenapa???
Tiba-tiba,
seorang lelaki tua yang kudung tangannya,
kudung kakinya
mengesot-ngesot di sisi lelaki tadi,
memandangnya sepi,
seraya berdoa:
ya Tuhan
Kau ambil kaki dan tanganku
Kau ambil ibu dan bapaku,
kau ambil kekayaan dalam diriku,
tapi aku punya cukup udara untuk bernafas,
masih cukup ruang untuk bergerak,
masih ada kudrat untuk bekerja mencari rezeki,
masih ada mata untuk melihat,
ada telinga untuk mendengar,
ada kasih sayang dari orang sekelilingku...
Aku masih punya masa untuk bertaubat,
masih punya jantung yang mengepam darah ke seluruh badanku
masih punya akal untuk berfirkir
Masih punya lidah untuk meraza kelazatan makanan,
masih punya masa hadapan untuk aku mengubah apa yang hendak aku ubahkan...
Dulu aku engkar dan kufur akan nikmatmu,
kini aku sedar, bahawa hidup hanya sementara
semua kekurangan ini adalah satu anugerah
untuk aku bersyukur dan bersabar
dan setiap saat aku bersyukur dan bersabar atas kekuranganku
setiap saat itu aku mendekatkan diriku kepadaMu.
Ini kerana ketaqwaan yang sebenar
ialah sabar ketika susah
dan bersyukur ketika senang...
Lelaki muda itu memandang lelaki itu
malu...
wallahualam
tj
No comments:
Post a Comment